Pemain tengah Belanda, Davy Klaassen, menyelesaikan perpindahannya bernilai GBP23.5 juta dari kelab naib juara Liga Europa 2017, Ajax, untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton, setelah melepasi ujian kecergasan, semalam.
Klaassen, yang melakukan 180 penampilan sejak bersama Ajax pada tahun 2011, menandatangani kontrak lima tahun untuk berada di bawah kendalian pengurus Everton, Ronald Koeman.
Bermain di posisi tengah menyerang, Klaassen yang merupakan kapten buat skuad Ajax sejak dua musim lalu, menjaringkan 20 gol di sepanjang kempen 2016/17 serta menjadi naib juara Liga Eredivisie dan Liga Europa.
Kehadiran Klaassen ke Everton merupakan perpindahan kedua buat Everton menjelang musim 2017/18 selepas berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol Sunderland, Jordan Pickford, pada minggu lalu.
“Saya sudah berjalan di sekeliling pusat latihan serta berbual dengan beberapa orang di situ dan saya berasa sangat bagus,” kata Klaassen.
“Beberapa minggu lalu, saya berbincang dengan Ronald Koeman mengenai Everton dan ketika itu, saya dapat berasakan sesuatu yang hebat.
“Kami berbual mengenai hala tuju kelab serta apa yang kami mahu capai dan dia tampak sangat positif,” ujar Klaassen.
“Sukar untuk saya meninggalkan Ajax, namun sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke depan,” tambahnya.
Sementara itu, Koeman menyifatkan kehadiran Klaassen pasti dapat membantu skuad The Toffees selepas menamatkan saingan EPL 2016/17 di tangga ketujuh.
“Saya berbesar hati dapat membawa Davy ke sini.
“Dia baru berusia 24 tahun tetapi seorang pemain yang rajin, gemar memberi tekanan tinggi dalam perlawanan dan sudah tentu mampu meningkatkan kreativiti serta menjaringkan lebih banyak gol buat kami,” kata Koeman.