Skip to main content

Bola Sepak

KL City perlu segera bangkit -- Nenad Bacina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nenad-bacina.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Nenad Bacina, menggesa anak buahnya segera bangkit melupakan tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia Jumaat lalu.

Nenad mengakui momentum pasukannya agak buruk terutamanya selepas dikejutkan kekalahan 2-0 kepada PDRM dalam aksi Liga Super.

Lebih menggusarkan pengendali kelahiran Croatia itu apabila dia  terpaksa melupakan khidmat tonggak tengah, Zhafri Yahya, yang menjalani penggantungan kad kuning.

Bacina bagaimanapun memberikan jaminan 'The City Boys' tidak akan memberikan laluan mudah buat Sang Penyu dan percaya peluang masih lagi terbuka untuk melangkah ke pentas final Piala Malaysia.

"Sememangnya kami tidak mempunyai momentum kemenangan namun pasukan perlu beralih fokus dan mahu memastikan kemenangan dalam aksi berikutnya," kata Nenad.

"KL City akan bersedia dan akan memburu slot ke pentas final."

Advertisement

Must Watch Video