Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kimmich tidak akan tinggalkan Bayern -- Rummenigge

bayern-won-t-sell-lahm-successor-kimmich-says-rummenigge.jpg

Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menolak cadangan untuk menjual Joshua Kimmich kepada Manchester City.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pilihan utama di bawah kendalian Pep Guardiola di Allianz Arena musim lalu, namun kurang diturunkan di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Kimmich merupakan pemain gantian yang tidak digunakan ketika mereka melakar kemenangan 3-0 ke atas Eintracht Frankfurt dan ia menjadi punca kekecewaan pemain tersebut.

Terdapat spekulasi bahawa Guardiola berminat untuk mendapatkan khidmat Kimmich di Stadium Etihad musim hadapan, namun Rummenigge menegaskan pemain itu dilihat sebagai pengganti Philipp Lahm.

"Kami memiliki masa depan yang besar untuk dirinya pada masa akan datang," katanya kepada Sky Sport. 

"Dia adalah pilihan tepat untuk menggantikan Philipp Lahm.

"Musim hadapan, dia akan mendapat lebih banyak masa bermain. Ia merupakan perancangan Carlo Ancelotti."

Kimmich yang juga merupakan pemain tengah, telah beraksi dalam 30 perlawanan musim ini serta meledak tujuh gol.

Advertisement

Must Watch Video