Santapan terakhir Harimau Malaya bertemu Republik Korea malam ini dijangkakan bakal menggegar Stadium Al-Janoub, Qatar dengan sasaran sekurang-kurangnya meraih satu mata bagi menamatkan kempen Piala Asia dengan maruah teragung.

Di sebalik berdepan pasukan Korea yang dibanjiri pemain berpengalaman di Eropah, sudut teras sukan bola sepak iaitu elemen permainan berpasukan bakal menjadi taruhan.

Individu seperti Son Heung-min, Kim Min-jae, Hwang Hee-chan dijangka bakal perkuat Taeguk Warriors namun tidak ketinggalan Harimau Malaya mempunyai pemain yang mampu berikan tentangan seperti Safawi Rasid yang pernah menjaringkan gol di Sukan Asia 2018, Faisal Halim, Arif Aiman dan pemain yang turut mempunyai pengalaman di Eropah seperti Dion Cools.

Jadikan aksi ini satu perlawanan yang tidak dapat dilupakan oleh bukan sahaja seluruh penyokong di Malaysia tetapi kepada pemain sendiri.

Inilah peluang terakhir kita untuk membuktikan kita mampu beraksi di pentas tertinggi Asia dalam setiap edisi, membungkam setiap mulut yang tidak berhenti mengkritik setiap gerak-geri dilakukan.