Skip to main content

Bola Sepak

Kim Swee hilang tiga tonggak JDT II

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

280916-4.jpg
Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, sekali lagi terhimpit, kali ini melibatkan tiga pemain utama Johor Darul Ta'zim (JDT) II yang diarah pulang ke Johor, semalam. 

Tiga pemain berkenaan adalah Irfan Fazail, Darren Lok dan Zaquan Adha Abd Radzak yang terpaksa akur untuk meninggalkan kem latihan negara selepas mendapat arahan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). 

Alasan PBNJ adalah pemain JDT II terlalu awal melaporkan diri bersama skuad negara sedangkan mereka sepatutnya melaporkan diri seminggu sebelum aksi persahabatan kelas A berlangsung. 

Mereka hanya dibenarkan kembali bersama skuad negara mengikut ketetapan kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

"Sudah tentu program (yang diaturkan) agak tergendala sedikit tetapi saya tidak boleh terlalu memikirkan perkara yang negatif. 

"Saya harus fikirkan lagi tentang apa perancangan masa depan kita," tegas pengendali dari Melaka itu. 

Dalam perkembangan yang sama, Kim Swee turut memanggil dua pemain kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha (Terengganu) dan Nasir Basharuddin (Perak) untuk melaporkan diri selewat-lewatnya hari ini bagi membantu memperkemaskan skuad negara ketika ini. 

"Saya mengambil keputusan untuk menambah dua pemain, Norshahrul Idlan Talaha dan Nasir Basharuddin untuk bersama pasukan seelok-eloknya esok atau Jumaat nanti."

Advertisement

Must Watch Video