Skip to main content

Bola Sepak

Kim Swee harap pemain muda Kelantan FC tidak trauma

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-fc.jpg
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, menganggap situasi yang berlaku ke atas Kelantan FC ketika ini hanya akan memberi kesan buruk kepada barisan pemain muda skuad The Red Warriors (TRW) itu.

Kim Swee berkata situasi dialami barisan pemain muda Kelantan FC adalah cukup memilukan dan beliau melihat perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

“Jika kita lihat pasukan Kelantan, mereka bermain dengan pemain muda dan setiap kali mereka tewas dengan jumlah begitu besar, saya rasa itu satu perkara yang cukup negatif.

“Impaknya kepada pemain muda, apabila mereka mengharungi suasana cukup negatif daripada proses profesionalisme seperti situasi yang mereka harungi, mereka akan menjadi fobia,” katanya.

Kelantan FC mengalami satu lagi detik buruk apabila tewas 0-7 kepada Sabah FC pada Isnin lalu, sekali gus menyaksikan mereka terus terperosok di dasar carta Liga Super dengan hanya meraih lapan mata.

“Dalam bola sepak, tiada istilah simpati ketika di atas padang tetapi di luar (padang), saya percaya ia merupakan satu perkara yang cukup menyedihkan.



“Ini tidak harus berlaku dalam bola sepak Malaysia terutama kepada pemain-pemain muda. 

"Saya harap kita perlu dapatkan satu formula terbaik untuk memastikan mereka masih mempunyai minat selepas ini,” ujarnya.

Kredit: Sinar Harian 

Berita Kelantan FC dalam Nadi Arena
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video