Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, melihat sasaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, adalah realistik andai segala keperluan program yang diinginkan jurulatih itu dipenuhi sebaik-baiknya.
Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diletakkan FAM kepada Cheng Hoe yang kekal membimbing skuad negara selama dua tahun lagi adalah final Piala Suzuki AFF 2020 dan layak ke Piala Asia 2023.
Ia bukan sesuatu yang mustahil sekiranya Cheng Hoe mendapat sokongan penuh daripada semua pihak dalam memastikan segala percaturan dan program latihan berjalan seperti yang diinginkan.
Kim Swee, yang juga bekas pengendali Harimau Malaya, percaya ia adalah tugas yang mencabar selepas kemampuan Cheng Hoe terbukti di pentas Piala Suzuki AFF 2018 dan pastinya peningkatan lebih ketara ingin dilihat di masa akan datang.
"Cheng Hoe harus diberikan sokongan penuh dengan jadual latihan serta program yang dikehendaki bagi memastikan persiapan ke Piala Asia atau Piala Dunia akan datang lebih teratur," kata Kim Swee.
Pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri, pula menganggap bekas pengendali Kedah itu perlu memastikan masalah kekurangan penyerang berbisa dapat diatasi dalam tempoh terdekat di mana situasi itu yang sering menjadi kebuntuan Cheng Hoe dalam mempersiapkan pasukan.
"Sistem bola sepak di Malaysia yang gemar menggunakan khidmat tenaga import bagi memperkuatkan barisan serangan dan pertahanan telah menyebabkan bilangan pemain tempatan di posisi itu menjadi kecil," ujar Asmawi.