Skip to main content

Bola Sepak

Khedira mahu Low kekal bersama Jerman

samikhedira.jpg
Sami Khedira mahu Joachim Low terus berkhidmat sebagai ketua jurulatih Jerman sambil menegaskan tanggungjawab di atas kegagalan mereka dalam Piala Dunia terletak di bahu pemain-pemain.

Pemain tengah Juventus itu menawarkan penghargaan kepada Low dengan hasil usahanya menyenaraikan generasi pemain-pemain muda terbaik negara ketika menjulang Piala Dunia 2014 dan setiap pemain bagi edisi 2018 perlu bertanggungjawab di atas kegagalan di Russia.

Jerman mengalami kekalahan mengejut kepada Mexico dan Korea Selatan, sekali gus tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali pertama sejak 1938, meninggalkan Low -- yang memiliki kontrak hingga 2022 -- masa depan yang masih tiada ketentuan.

Khedira memberikan sokongan kepada pengendali berusia 58 tahun itu ketika ditanya mengenai sama ada Low perlu kekal sebagai ketua jurulatih, dengan berkata, "Sememangnya, beliau perlu terus bersama pasukan!

"Sama ada beliau akan membuat keputusan sebaliknya, Low telah berkhidmat dengan cemerlang dan saya mahu Low kekal bersama Jerman.

"Kami menerima setiap kekecewaan ini 100 peratus dan berazam untuk memperbaikinya pada masa akan datang."
 

Advertisement

Must Watch Video