Skip to main content

Bola Sepak

Khairul Azhan: Sabah terdesak buru mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-azhan.jpg
Penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid, ingatkan rakan sepasukan supaya tidak ambil lewa menentang Sabah, Ahad depan, supaya mereka dapat mengekalkan kelompok lima terbaik dalam Liga Super musim ini.

Sang Badak ketika ini berdepan dengan kemelut prestasi dengan terbaru tumbang kepada UiTM 0-4 di Shah Alam, kelmarin. 

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudian merehatkan Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih sementara pemangkunya, Burhan Ajui, akan mengemudi kelab Borneo itu menentang The Red Giants.




Bagaimanapun, Khairul Azhan tidak mahu rakan sepasukan pandang ringan dengan situasi lawan kerana jika tersilap langkah, mereka mungkin berputih mata memandangkan tuan rumah amat terdesak mencari mata dalam misi untuk keluar daripada zon penyingkiran.

"Saya berpesan kepada rakan sepasukan agar tidak bersikap sambil lewa ketika bertemu Sabah kerana mereka mahukan kemenangan sebab kalah dengan UiTM. 

"Motivasi mereka beraksi di tempat sendiri mungkin lagi meningkat," kata penjaga gol kebangsaan itu. 

Turut sama mahu dielakkan adalah gol pada saat-saat akhir dari lawan.

Ia seakan badi kerana bukan sahaja menentang Melaka United mereka menempuhinya Sabtu lalu malah ketika berdepan Sabah pada April lalu, mereka turut dikecewakan dengan gol hujung permainan oleh Bobby Gonzales untuk terikat 2-2.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video