Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, tidak bimbang dengan ketiadaan pertahanan import, Park Taesu, kerana yakin pemain lain mampu menggalas tugas di posisi itu.
Taesu terpaksa diketepikan dalam perlawanan Liga Perdana dengan Pulau Pinang di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini, selepas digantung perlawanan gara-gara mengumpul tiga kad kuning.
Jelius berkata tempat Taesu akan diisi pemain berpengalaman, Maffry Balang, yang akan bergandingan dengan ketua pasukan, Rawilson Batuil, sebagai pertahanan tengah.
"Ketiadaan Taesu memang sedikit menjejaskan kami, namun saya yakin dengan kemampuan pemain lain yang sentiasa bersedia untuk diturunkan.
"Kami juga bernasib baik kerana dapat mengadakan tiga perlawanan persahabatan ketika saingan liga berehat dengan menurunkan kesemua pemain untuk beraksi, termasuk menguji pasukan tanpa kehadiran Taesu," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.
Jelius berkata skuad Tambadau itu akan tetap berhati-hati walaupun di atas kertas, mereka memiliki kelebihan untuk mengatasi Pulau Pinang.
Dia tidak begitu mengetahui kekuatan skuad Harimau Kumbang itu dan enggan terlalu memikirkannya kerana lebih mengutamakan usaha memantapkan pasukan.
"Kami sedar Pulau Pinang memenangi aksi terakhir mereka sebelum saingan liga berehat baru-baru ini.
"Saya tidak begitu tahu mengenai pasukan itu, namun bagi kami, semua pasukan adalah ancaman dan perlu berhati-hati.
"Apa yang paling penting ialah kami perlu memantapkan pasukan berbanding memikirkan kekuatan pasukan lain dan sudah pasti kami mahu memburu kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan," katanya.
Jelius dijangka mengekalkan Rozaimie Rohim sebagai penjaga gol dengan dibantu empat pertahanan, iaitu Rawilson, Maffry, Dendy Lowa dan Randy Baruh.
Bahagian tengah pula akan terus digerakkan Luka Milunovic dengan dibantu Sabri Sahar, Mohd Azzizan Nordin dan Maxsius Musa manakala dua penyerang import, Luis Carlos Junior dan Rodoljub Paunovic, kekal sebagai pemburu jaringan buat skuad Tambadau itu.