UCL
Ketiadaan Neymar saksikan PSG tersingkir
PSG 1 REAL MADRID 2
(Real menang 5-2 secara agregat)
Real Madrid menempah slot pusingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan 2-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi, bagi memastikan kemenangan agregat 5-2 di Parc des Princes.
Tandukan Cristiano Ronaldo dalam babak kedua perlawanan serta sepakan deras Casemiro cukup untuk memastikan penyandang juara itu terus berada di landasan untuk merangkul trofi buat kali ketiga berturut-turut.
Iklan
Kekecewaan PSG terus dihimpit apabila Marco Verratti dilayangkan kad kuning kedua kerana tidak menerima keputusan yang dilakukan oleh pengadil perlawanan, Felix Brych.
Real menggunakan kelebihan gol 3-1 daripada aksi pertama dan beraksi penuh bergaya di Paris, dengan PSG yang turun tanpa kelibat Neymar, bergelut mencari inspirasi ketika mencetuskan serangan.
Zinedine Zidane menurunkan Marco Asensio dan Lucas Vazquez di bahagian sayap dan hasilnya mereka berjaya memecahkan kebuntuan dalam babak kedua perlawanan apabila Ronaldo meneruskan rentetan jaringan dalam setiap perlawanan bagi saingan musim ini.
Harapan PSG untuk melakukan kebangkitan berakhir dengan kad merah Verratti, Casemiro memastikan kemenangan selepas kembali meletakkan Real di depan selepas Edinson Cavani menyamakan kedudukan, sekali gus memberikan tekanan kepada Unai Emery apabila PSG dua kali berturut-turut tersingkir dalam pusingan 16.
Must-Watch Video