Skip to main content

Bola Sepak

Keterujaan ke stadium yang kian luput, musuh tradisi hilang seri

kelantan.jpg
Perasaan cinta kepada pasukan semakin berkurang dilihat sebagai punca utama sukar untuk melihat stadium penuh dengan penyokong dalam saingan liga domestik akhir-akhir ini.

Perkara itu diakui sendiri bekas pengurus bola sepak The Red Warrior (TRW), Azman Ibrahim, yang akui berasa sedih melihat kepada kehadiran penyokong ke stadium ketika ini.

Ia amat berbeza jika di bandingkan dengan 7-10 tahun lalu, setiap kali saingan liga berjalan boleh dikatakan semua stadium terlibat di seluruh Malaysia seolah-olah sedang berpesta bersama laungan dan gendang yang jelas menyemarakkan lagi semangat pemain di atas padang.

Kualiti pasukan dianggap sebagai punca utama tiada lagi minat penyokong turun ke stadium.

"Kualiti pasukan macam Kelantan dah merundum.Pemain import tidak dapat menandingi pasukan lain,  

"Penyokong tahu sebelum main lagi sudah kalah. 

"Keterujaan sudah tiada awal, keputusan sudah diketahui lebih awal," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  

Malah, istilah musuh jiran tetangga tidak lagi dipakai untuk menarik kehadiran penyokong ke stadium.

Kelantan pernah mencipta fenomena satu ketika dahulu dengan jumlah kehadiran penyokong  luar biasa sepanjang musim, namun kini hanya tinggal kenangan.

"Penyokong bukan sahaja datang untuk menonton di stadium, malah mahu berjumpa pemain-pemain. 

"Musuh tradisi seperti Kelantan dan Terengganu ada tarikan untuk penyokong datang ke stadium walaupun ada siaran langsung. 

"Ini kerana mereka ingin saksikan dengan di depan mata sendiri," katanya sendiri. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video