Skip to main content

Bola Sepak

Kesebelasan utama Piala FA: Mampukah Terengganu bawa bekalan selesa ke Stadium MBPJ?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Perlawanan tumpuan separuh akhir Piala FA di antara Terengganu bertemu Selangor bakal menyaksikan pasukan manakah bakal membawa bekalan selesa untuk menghidupkan peluang ke saingan akhir, Ogos ini.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mempertaruhkan gandingan pemain kebangsaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid untuk mengemudi jentera serangan sambil dibantu oleh pemain import, Marin Pilij, yang sedang mendapat perhatian daripada peminat tempatan.

Sang Penyu sekali lagi membariskan empat pertahanan lokal yang diketuai oleh Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni bagi menjadi benteng kental menghadapi taufan serangan Selangor.

 
Ketiadaan Yohandry Orozco dan Reziq Bani Hani tidak menggugat kesebelasan utama naib juara Liga Super 2023 itu selepas pemain muda kebangsaan, Mukhairi Ajmal, kembali dalam pasukan untuk menjadi duri dalam daging kelab itu.
 

Advertisement

Must Watch Video