Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, berkongsikan Pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk membuat sebarang panarikan semula dana yang telah disalurkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) rentetan isu yang membelenggu badan induk itu ketika ini.
Semua sedia maklum bahawa dana sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada FAM demi menyokong usaha revolusi Harimau Malaya yang mahu layak ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Situasi tampak rumit ketika ini selepas FAM terpalit dengan isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan dan berpotensi menerima pemotongan enam mata dalam kemepn Kelayakan Piala Asia sekali gus membawa risiko kegagalan.
"Ramai sudah lupa pasukan Harimau Malaya masih ada Faisal Halim, Arif Aiman dan ramai lagi sedang bermain untuk Malaysia.
"Untuk dana, selagi ada pemain tempatan dan pasukan yang memerlukan sokongan kami selagi itu kami akan berusaha untuk membantu mereka," katanya.
Bagi Hannah, jumlah RM15 juta bukanlah jumlah yang besar dengan beranggapan jumlah itu hanyalah bersifat sokongan kepada usaha yang cuba di lakukan FAM.
"Sebenarnya dana yang diberikan oleh Pihak Kerajaan tidak besar, ekosistem dan perbelanjaan yang diperlukan untuk bola sepak jauh lebih besar tetapi FAM perlu cari dana itu sendiri. Bukan diberikan sepenuhnya dana oleh kami. "tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.
Dapatkan Sekarang