Kerajaan Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung prestasi pasukan-pasukan di negeri itu yang kurang memuaskan sejak beberapa musim lalu.
Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Musa Aman, berkata satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat kelemahan yang ada dalam persatuan berkenaan telah pun diwujudkan.
"Jawatankuasa ini akan menyiasat di mana salah dan cacatnya atau kemungkinan wujud tiada kerjasama di antara satu sama lain dalam SAFA serta bagaimana meningkatkan mutu permainan pasukan.
"Siasatan itu penting bagi mengenal pasti kenapa pasukan kami tidak mempamerkan permainan yang memuaskan kerana kami telah membelanjakan berjuta-juta ringgit dengan harapan untuk meningkatkan prestasi pemain.
"Saya akan mengkaji hasil siasatan itu dan selepas itu akan berbincang dengan semua pengurusan dalam SAFA bagaimana untuk meningkatkan pasukan kami secara menyeluruh," katanya ketika merasmikan Kongres Tahunan SAFA di Kota Kinabalu, semalam.
Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan negeri yang juga Timbalan Presiden 1 SAFA, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, dan Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang.
Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata sudah tiba masanya untuk Sabah mempunyai satu pasukan yang mantap dan kuat.
"Saya sedia mendengar apa juga pandangan daripada semua pihak bagi membaiki kelemahan pasukan selain ubah suai atau menukar apa yang perlu bagi meningkatkan prestasi.
"Ini termasuk mengkaji pemain sama ada perlu ditukar untuk kebaikan pasukan. Apa yang penting, kami semua bekerjasama dan ikhlas dalam usaha untuk memantapkan SAFA.
"Kami sudah cuba pelbagai cara yang terbaik tetapi kami sedar ia bukan mudah kerana ramai yang terbabit dalam aspek pengurusan dan pemain," katanya.
Skuad Badak setakat ini berada di kedudukan ke-10 liga selepas hanya mengutip empat mata daripada tujuh perlawanan hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan lima kekalahan.
Bagaimanapun, prestasi pasukan itu dalam saingan Piala FA menceriakan sedikit penyokong mereka apabila layak ke peringkat suku akhir selepas menewaskan MOF FC 4-2 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
Dalam pada itu, Musa berkata SAFA turut memberi perhatian serius terhadap perkembangan pemain muda di negeri ini.
"Kami mahu melahirkan pemain muda yang berminat dan berbakat dari seluruh Sabah. Kami akan memberi perhatian kepada pemain muda agar mereka mampu menjadi pemain yang terbaik.
"Kami akan memberi peruntukan sepatutnya kerana ini adalah pelaburan jangka masa panjang dalam SAFA agar terus maju," katanya.
Sementara itu, dalam aspek hutang pada masa lalu, katanya, ia telah diselesaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan SAFA tidak dibebani hutang yang tidak selesai.