Bekas penyerang negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, menganggap keputusan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, memanggil Richard Chin untuk kem latihan pusat kali ini adalah tepat.
Zaquan percaya langkah berkenaan mampu memberi pilihan tambahan kepada Cklamovski di masa depan menerusi peluang menguji Richard dalam dua aksi persahabatan antarabangsa.
Di sebalik tumpuan terarah kepada panggilan sulung pemain yang beraksi di Scotland itu, ketiadaan penjaga gol Selangor, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi juga mencuri perhatian.
Kalamullah mempamerkan aksi ampuh bersama The Red Giants setakat ini, namun masih gagal menambat hati Cklamovski dan ini pandangan Zaquan berhubung keputusan itu.
Harimau Malaya dijadual bertemu Singapura 4 September di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Ini disusuli aksi menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) 8 September ini.