Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan rayuan FAM, tujuh pemain warisan Harimau Malaya diumum Isnin atau Selasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Pasukan media Velez Sarsfield berkongsikan bahawa keputusan rayuan membabitkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara yang digantung akan diumumkan pada Isnin ataupun Selasa ini.

Velez Sarsfield merupakan kelab yang diwakili pemain warisan negara, Imanol Javier Machuca, sebelum diberikan hukuman penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan dan perlu membayar CHF2,000 (RM10,560).

Dia antara tujuh pemain yang terbabit selain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.


 


Penyokong bola sepak tempatan masih menantikan keputusan rayuan FIFA yang sepatutnya diumumkan dua hari lalu, malah setakat artikel ini ditulis, masih tiada sebarang keputusan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia itu.

Terdahulu, FAM berkongsikan telah melantik peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, sekali gus memfailkan rayuan rasmi pada 14 Oktober lalu.

"Keputusan muktamad dijangka diumumkan antara Isnin dan Selasa minggu hadapan.

"Pihak yang rapat dengan pemain Velez berkenaan turut dilaporkan optimis terhadap hasil rayuan tersebut. Semuanya akan berjalan dengan baik." lapor kenyataan itu." kongsi Velez Sarsfield seperti dilaporkan Sinar Harian.
Football

50% OFF Nike Mercurial Vapor 16 Club

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video