Skip to main content

Bola Sepak

Keputusan rayuan 30 Oktober, siapakah peguam FAM, Serge Vittoz?

vittoz.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, rentetan isu dokumentasi menyaksikan hukuman yang dikenakan serta penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Vittoz bertanggungjawab menyelesaikan isu pemain Ismail Jakobs yang mahu bermain untuk Senegal dalam Piala Dunia 2022.

Jakobs dilahirkan di Jerman dan pernah beraksi untuk pasukan bawah 21 tahun (B-21) negara itu, namun memilih untuk mewakili Senegal menerusi darah campuran bapanya. Terdapat 'isu pengurusan' tatkala melalui proses pertukaran persatuan dari Jerman ke Senegal untuk diiktiraf sebagai pemain yang sah.

Vittoz merupakan peguam daripada firma Charles Russell Speechlys yang berpangkalan di Zurich, Switzerland dan pernah terbabit dalam badan kehakiman seperti Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan Tribunal Persekutuan Switzerland.

Dia sempat berkhidmat di bawah Jawatankuasa Disiplin untuk makmal diiktiraf Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan Panel Anti-Doping Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

Pengalaman dalam sektor sukan merangkumi pelbagai aspek menjadikan dirinya selaku individu paling tepat membantu menyelesaikan kemelut bola sepak kebangsaan ketika ini.

Vittoz sebelum ini pernah mewakili beberapa Persekutuan Sukan Antarabangsa utama dalam prosiding berprofil tinggi di hadapan CAS selain memberi nasihat kepada persekutuan bola sepak kebangsaan dan pemain profesional yang akhirnya berjaya menyertai Piala Dunia 2018 dan 2022.

Kepakaran Serge Vittoz ditagih FAM menghadapi keputusan rayuan yang bakal diketahui selewatnya pada 30 Oktober ini. 

Dalam satu sesi sidang media FAM Jumaat lalu, Vittoz bersama badan induk itu telah memfailkan rayuan rasmi pada 14 Oktober lalu , dalam masa sama menghormati proses yang dibuat oleh FIFA. 

Vittoz menegaskan tujuan utama rayuan dibuat adalah untuk membatalkan keputusan terdahulu. Selain itu, ia juga bukan untuk menafikan kewujudan dokuman, sebaliknya memperjuangkan hak FAM sebagai organisasi yang tidak terlibat dengan pemalsuan.

FAM tampak memberikan petunjuk bahawa mereka bersedia untuk mengheret kes tersebut ke CAS jika keputusan rayuan tidak memihak kepada mereka.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found