Keputusan tepat demi kesinambungan falsafah Kim Pan-gon, namun bekas jurulatih bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui E. Elavarasan yang dilantik selaku pengendali baru skuad muda negara bernasib baik dengan kewujudan liga simpanan bermula tahun depan.
Kim Swee ketika memberi perkongsian lanjut kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, turut menegaskan pengalaman jurulatih penjaga gol, Kris Yong Wai Hong, adalah aset berharga yang perlu dimanfaatkan jika ada impian ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Pelantikan Elavarasan mengemudi skuad B23 negara amat baik kerana dia juga merupakan penolong jurulatih skuad kebangsaan, dia mampu memberikan kesinambungan serta corak permainan yang mirip dengan skuad kebangsaan," kata Kim Swee.
Mengenai misi ke Paris 2024, Kim Swee berkata, "Saya boleh katakan Elavarasan seorang pengendali yang bernasib bai kerana wujudnya liga simpanan sekaligus meningkatkan kelompok pemain yang besar untuk beraksi sekaligus meluaskan peluang untuk mendapatkan pemain yang lebih bersedia dipanggil menyertai skuad negara."