Kehilangan tonggak utama terutama pemain naturalisasi dan pemain import tidak menghalang Kuala Lumpur City untuk meneruskan misi melengkapkan tiga mata ketika menyambut Sri Pahang FC di Cheras, malam esok.
Skuad Warga Kota kehilangan khidmat Romel Morales, Tchetche Kipre dan Giancarlo Gallifuoco selain kehilangan Zhafri Yahya di jentera tengah untuk perlawanan penutup Liga Super itu.
"Kami berdepan kesukaran untuk menghadapi perlawanan berikutan terdapat beberapa pemain sudah meninggalkan kelab dan ada pula yang menghadapi masalah kesihatan.
"Kami tidak mampu buat banyak pertukaran tetapi itu tidak bermakna kami tidak mampu beraksi bagus dan menang.
"Sri Pahang bukan calang-calang lawan tetapi kami tidak akan menyerah selagi wisel penamat belum ditiupkan.
"Dalam perlawanan terakhir bertemu Kuching Citu minggu lalu, kami sudah capai 47 peratus berbanding 43 peratus tahun lalu dan kemenangan malam esok akan meningkatkan lagi purata kemenangan kami," katanya ketika ditemu bual Nadi Bola di Stadium KLFA sebentar tadi.