Skip to main content

Bola Sepak

Kenangan ini akan terus terukir di hati -- Izham Tarmizi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izham.jpeg
Bekas penjaga gawang Johor Darul Ta'zim (JDT), Izham Tarmizi, memberikan kata-kata akhir sebagai tanda hormat selepas 11 musim bersama skuad Harimau Selatan itu.

Pemain berusia 34 tahun itu telah membuat 44 penampilan dari 2014 hingga 2025 sepanjang bersama juara 11 kali Liga Super berturut-turut itu.

Dia antara 11 nama yang diumumkan berpisah dengan skuad Harimau Selatan itu selain Farizal Marlias, Safiq Rahim, Ramadhan Saifullah, Jordi Amat, Jese Rodriguez, Murillo Henrique, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Anselmo de Moraes.

Untuk rekod, dia berjaya membawa JDT menjuarai Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun 2015 selepas menewaskan pasukan dari Tajikistan, Istiklol 1-0 dalam pentas akhir.

"Sesuatu momen yang sangat dalam, kenangan ini akan kekal terukir di hati hati saya (2014-2025). Terima kasih JDT. Cabaran baru bakal bermula pada masa akan datang." katanya.

Advertisement

Must Watch Video