Susulan insiden yang menimpa pemain sayap Terengganu minggu lalu apabila dia disamun oleh individu tidak dikenali sehingga mengakibatkan kecederaan dan kerugian lebih daripada RM4,800.
Menurut pemain berusia 25 tahun itu, dia berada di tahap yang baik dan sudah bersiap sedia untuk beraksi menetang Penang Ahad ini.
Akhyar sedia kembali perkuat pasukan hadapi Penang FC
— Tengku Danish Bahri (@tgdanish) May 14, 2024
Mahu lupakan kejadian malang + segera kembali ke padang latihan. pic.twitter.com/RPT111VBgo
Akhyar turut berterima kasih kepada pihak yang mendoakan kesihatannya.
Sabtu lalu, Terangganu berjaya menundukkan Perak (3-1) walaupun dengan ketiadaan tonggak utama pasukan itu.
Kini, dia mahu melupakan insiden hitam itu dan segera turun ke padang untuk melakukan sesi latihan bersama pasukan.
"Saya sekarang dah okay dan berada dalam keadaan baik.
"Saya harap dapat memberikan yang terbaik di perlawanan nanti," katanya.
Mungkinkah kehadiran Akhyar Rashid akan terus memperkuatkan 'The Turtles' untuk merobek gawang gol pasukan Penang? Mari kita nantikan 19 Mei ini.