Mario Kempes berkata beliau rela mengambil alih tugas ketua jurulatih Argentina jika Jorge Sampaoli dipecat.
Sampaoli memiliki kontrak hingga 2022 tetapi masa depannya menjadi tanda tanya selepas persembahan hambar La Albiceleste dalam saingan Piala Dunia.
Melepasi peringkat kumpulan hasil jaringan Marcos Rojo pada penghujung permainan ketika berdepan Nigeria, skuad kendalian Sampaoli itu disingkirkan Perancis dalam pusingan 16.
Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) belum mengesahkan bekas pengendali Chile itu akan terus kekal tetapi Kempes bersedia untuk mengambil alih.
"Sukar untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan ketika seluruh negara tidak menyokong anda," katanya.
"Tetapi saya sedia mengambil alih Argentina."
Kempes menjaringkan dua gol dalam aksi final Piala Dunia 1978, memenangi Bola Emas dan Kasut Emas ketika Argentina bergelar juara dunia di laman sendiri.
Sebelum ini, legenda Argentina, Diego Maradona, turut menawarkan diri untuk mengambil alih daripada Sampaoli tanpa sebarang bayaran.