Skip to main content

Bola Sepak

Kemenangan terus hadir buat Melaka

asiana-melaka.jpg
Melaka meneruskan rentak kemenangan dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai mangsa terbaru apabila menewaskan pasukan ibu kota itu 4-3 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Anak buah Fabio Maciel selesa mendahului 3-1 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Egor Zubovich pada minit keenam, Syahrul Azwari Ibrahim (minit ke-26) dan Ifedayo Olusegun (minit ke-34), manakala Paulo Josue Sturmer dos Reis berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-43.

Bermula babak kedua, Kuala Lumpur memperkemaskan corak permainan dan hasilnya, mereka berjaya menyumbat dua gol ​​​​​​menerusi Guilherme De Paula pada minit ke-48 dan 71 untuk kedudukan terikat 3-3.

Ketika kedua-dua pasukan dilihat seakan-akan berkongsi satu mata, Olusegun sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-76 dan kedudukan itu kekal berpihak kepada pasukan pelawat sehingga ke wisel  penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Melaka memperbaiki kedudukan dengan menghuni tangga kelapan carta liga dengan 17 mata manakala Kuala Lumpur jatuh ke tangga kesembilan ​​​​dengan 16 mata.

"Kami gagal mengekalkan momentum yang dipamerkan dalam babak pertama. Kami menyedari Melaka akan mengambil peluang dalam setiap kesilapan, sekali gus merampas tiga mata daripada Kuala Lumpur," kata jurulatih skuad Warga Kota, Fabio Maciel.

"Selepas kedudukan menjadi 3-3, sukar untuk kami bertahan dan Kuala Lumpur memberikan asakan kepada kami. Kami amat gembira apabila berjaya menghasilkan gol keempat dan memenangi perlawanan ini," kata E. Elavarasan, jurulatih Melaka United.

Imej: Asiana

Advertisement

Must Watch Video