Peluang Manchester United raih kemenangan makin tipis, yakin Erik ten Hag bakal dipecat
Musim mengecewakan Manchester United berlarutan musm ini dan pemain-pemain dilaporkan bimbang tidak akan memperoleh sebarang kemenangan menjelang baki saingan.
Skuad kendalian Erik ten Hag tewas 4-0 di tangan Crystal Palace di Selhurst Park. Menurut laporan The Mirror, terdapat sekumpulan pemain United, yakin bahawa pengendali Belanda itu tidak akan kekal menerajui kelab itu musim depan.
Menurut laporan itu, suasana di dalam bilik persalinan kini dalam keadaan yang huru-hara kerana yang menghuni tangga kelapan dalam Liga Perdana Inggeris dan kelihatan bakal menamatkan kedudukan tercorot dalam saingan Liga Perdana sejak 1992. Kedudukan penamat terendah mereka pada 2014 di bawah kendalian David Moyes apabila mereka menduduki tempat ketujuh.
Musim ini penuh dengan rekod yang tidak diingini untuk Red Devils -- Dengan kekalahan menentang Crystal Palace, anak buah Ten Hag membawa kekalahan liga ke-13 mereka musim ini, kekalahan paling banyak dalam sejarah kelab dalam satu musim.
Walaupun masih belum disahkan oleh kelab bahawa Ten Hag akan meninggalkan kelab itu, kelab itu telah banyak dikaitkan dengan pengendali seperti Thomas Tuchel dan Gareth Southgate antara lain.
Stadium Astro
Fri May 10 2024