Ketua jurulatih Ajax, Erik ten Hag, melihat kemenangan 4-1 pasukannya ke atas Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah sebagai sesuatu yang hampir kepada kesempurnaan selepas mereka menyingkirkan juara bertahan itu.
Kelab dari Belanda itu tewas dalam aksi pertama pusingan 16 tetapi persembahan sensasi di Santiago Bernabeu dalam aksi timbal balik menyaksikan mereka mara ke suku akhir.
Hakim Ziyech dan David Neres menyumbat gol sebelum rehat sambil Dusan Tadic -- yang cemerlang mencipta dua jaringan awal -- menambah gol ketiga buat Ajax.
Jaringan sagu hati Marco Asensio dituruti dengan sepakan percuma cantik daripada Lasse Schone dan Ajax mencatat kejayaan yang membuatkan Ten Hag sangat gembira.
"Ia hampir kepada kesempurnaan," katanya.
"Dalam dua perlawanan, kami berhak meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya. Saya menikmati persembahan pasukan saya hari ini.
"Jangan lupa bahawa kami bermula daripada pusingan kelayakan. Namun, kami masih berpeluang untuk menjulang tiga kejuaraan dan kami mahu memenangi kesemuanya.
"Saya tidak terkesan dengan undian, jadi saya tidak akan fikirkannya. Semua lawan yang akan ditemui adalah pasukan besar, termasuk Real Madrid."