Sergi Barjuan tidak berselindung bahawa pemain Barcelona berasakan bahang tekanan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Dynamo Kiev tetapi sedar kemenangan akan mengubah suasana tegang di kelab itu.
Keputusan seri 1-1 di tempat sendiri ketika menentang Deportivo Alaves dalam LaLiga, kelmarin, gagal menaikkan semangat di Camp Nou susulan pemecatan Ronald Koeman.
Barca kini akan berkunjung ke Kiev untuk perlawanan getir yang akan memainkan peranan besar dalam menentukan prospek kemaraan mereka di peringkat Eropah.
Kemenangan 1-0 dalam perlawanan timbal balik sebelum ini memberikan Barca mata pertama mereka dalam Kumpulan E, tetapi mereka masih di belakang Bayern Munich dan Benfica dengan baki tiga perlawanan.
“Pemain perlu mencari jalan dengan apa cara sekalipun demi mencapai kemenangan ini,” kata ketua jurulatih sementara itu.
"Pemain berada di bawah tekanan tinggi, esok adalah hari yang istimewa dan ia bergantung kepada mereka.
"Mereka memiliki segala-galanya di tangan mereka. Mereka perlu diatur dan menjadi Barcelona yang kami ingin dan harapkan.
“Ia juga sangat mustahak untuk saya -– menjadi jurulatih dalam perlawanan UCL selepas pernah menghadapinya sebagai pemain.
"Anda boleh bertanya kepada 1,000 jurulatih dan mereka juga pasti mahu berada di kedudukan saya. Oleh itu saya mendoakan yang terbaik buat kelab dan saya akan mencuba segala yang termampu untuk menyelesaikan situasi ini.
"Sukar untuk melihat senyuman di bilik persalinan dalam detik-detik sukar ini tetapi dengan mencari gaya permainan kami, menjadi protagonis dan menjadi sebuah pasukan akan membawa kegembiraan kepada kami. Kemenangan esok mampu mengubah suasana kem ini."
Sergi setidak-tidaknya mampu menghelakan nafas lega apabila pertahanan, Ronald Araujo, kembali berlatih semalam sementara Ansu Fati, Frenkie de Jong dan Sergi Roberto turut kembali menjalani sesi latihan selepas dilanda kecederaan ringan hujung minggu lalu.

Ousmaaaaane! ?? #DynamoBarça pic.twitter.com/8kqhQ1pLtM
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 1, 2021