Seorang penyokong pasukan Kedah Darul Aman, menzahirkan kekecewaan yang jelas di raut wajahnya apabila pasukan kegemarannya itu menerima nasib malang selepas berjaya menempa nama dan mencorak zaman kegemilangan musim lalu.

Abdul Jabbar Abdul Razak, menyeru semua pihak bertanggungjawab untuk mengurus kewangan dengan sempurna supaya tiada lagi isu tunggakan gaji yang membawa kepada kehilangan tiga mata berharga.

"Walaupun kecewa dengan denda yang dikenakan, saya berharap Kedah mampu menang untuk perlawanan pertama saingan Liga Super nanti untuk memberi keyakinan kepada semua penyokong.

"Musim lepas kita dianggap sebagai pasukan yang gah oleh kerana penaja yang besar dan mempunyai barisan pemain yang seimbang. Tetapi sebaliknya berlaku dan mengecewakan ramai pihak terutamanya dikalangan penyokong setia." Katanya.