Skip to main content

Bola Sepak

Kelompok empat terbaik tidak cukup kekalkan Kane di Spurs -- Ginola

harry-kane_wpchcpk7bws215c2ueralk5qr.jpg
Legenda Tottenham, David Ginola, tidak bersetuju dengan dakwaan Antonio Conte bahawa Spurs memerlukan 'keajaiban' untuk menamatkan saingan di empat teratas, tetapi tidak yakin itu akan cukup untuk memastikan Harry Kane gembira.

Conte telah berulang kali cuba untuk menguruskan jangkaan di sekitar pasukan London Utara, menegaskan Jumaat lalu Manchester United dan Arsenal harus diutamakan untuk meraih tempat keempat, berbanding pasukannya.

Spurs telah memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir Liga Perdana mereka, telah tewas empat daripada lima perlawanan sebelumnya, dan ketinggalan tiga mata di belakang Arsenal di tangga keempat -- dengan derby London Utara yang penting masih perlu diatur semula -- susulan Spurs merakamkan kemenangan 5-1 ke atas Newcastle United semalam.

Ginola, yang membuat tepat 100 penampilan Liga Perdana selama tiga tahun di White Hart Lane, percaya Tottenham mempunyai kelayakan Liga Juara-Juara 'di tangan mereka sendiri'.

"Satu keajaiban? Saya tidak fikir begitu," kata Ginola kepada Sky Sports. "Jika mereka memenangi semua perlawanan mereka sehingga akhir musim, mereka boleh menamatkan saingan di empat teratas.

"Nasib mereka terletak di tangan mereka sendiri. Jika mereka bermain dengan cara yang mereka boleh bermain, jika mereka tidak mengalami kecederaan dan pemain menyedari tugas mereka sepanjang musim ini, melihat baki perlawanan, ia sangat mudah untuk Spurs.

"Antonio Conte akan menjadi penting, dan di atas padang, ia akan menjadi [penting] bagi Kane dan Son Heung-Min untuk menjaringkan gol."
 

"Namun persoalannya adalah bagi Kane, pemain yang cukup berkaliber, beraksi musim demi musim hanya untuk menamatkan saingan di tempat keempat, ia tidak mencukupi," katanya.

"Jika dia mempunyai cadangan pada masa depan untuk bermain dengan kelab yang akan mencabar dan memenangi trofi, di situlah dia akan berhijrah. Pada penghujung karier anda, apa yang anda lihat ialah senarai trofi yang anda menang."

Advertisement

Must Watch Video