Tiada apa dapat menghalang kami, kata ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, yang tampil dengan semangat 'pantang menyerah sebelum berjuang' menjelang aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz di Bishkek malam esok.
Sedar situasi tidak memihaknya dalam pertemuan kali ini, pengendali dari Korea Selatan itu tetap mahu barisan pemainnya berjuang habis-habisan dalam aksi penentu nasib ke kelompok 18 terbaik Asia berkenaan.
Pan-gon diuji dengan dugaan paling besar untuk tugasan kali ini apabila kehilangan enam pemain utama ekoran kecederaan.
Antaranya ialah penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, dua pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim, serta penyerang, Darren Lok dan Romel Morales.
Ia berlaku ketika skuad negara memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang meneruskan kemaraan selaku dua pasukan terbaik Kumpulan D.
"Seperti yang kita semua tahu, termasuk kedua-dua negara, perlawanan ini adalah penting buat kedua-dua pasukan untuk layak," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Pemenang perlawanan ini akan mendapat tiket ke kelompok 18 teratas (Asia).
"Kami pasukan kebangsaan Malaysia sedar ia merupakan perlawanan yang sukar kerana pasukan kebangsaan Republik Kyrgyz memiliki kualiti yang tinggi dan kami berada di laman lawan.
"Jadi segala keadaan tidak berpihak kepada kami tetapi semua keadaan itu tidak dapat menghentikan kami kerana kami memiliki lebih kemahuan, lebih keinginan untuk mara ke kelompok 18 teratas," katanya.