Dalam sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, ketua jurulatih kebangsaan itu bagai diulit resah dengan mengetahui hanya 7,587 keping sahaja terjual bagi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Malaysia akan menghadapi Kyrgyzstan dalam perlawanan pembukaan esok sebelum menghadapi dua perlawanan di tempat perlawanan, sekali gus menjadi aksi kompetitif terakhir di laman sendiri pada tahun ini.
"Kami harus sangat bermotivasi kerana ini adalah kempen kelayakan Piala Dunia.
"Kami mungkin menghadapi banyak kejohanan tetapi Piala Dunia hanya sekali dalam tempoh empat bulan sementara standard Piala Asia jatuh nombor dua.
"Enam perlawanan dalam tempoh enam bulan ini ini adalah peluang terbaik kami untuk 18 pasukan ke peringkat terakhir dan sebelum ini kami kerap terkandas dalam pusingan pertama.
"Dengan di ranking 137 dunia, kami masih mengimpikan menjadi sebahagian 18 pasukan dalam pusingan akhir kelayakan.
"Saya tidak menjanjikan apa-apa kepada penyokong tetapi perlawanan ini amat genting terutama menghadapi Kyrgyzstan bagi menentukan kedudukan kami ke pusingan seterusnya.
"Setiap orang perlu ke stadium untuk berikan sokongan. Kami tagih sokongan anda dalam usaha ke pusingan 18.
"Kami mahu menggunakan kelebihan di tempat sendiri dengan sepenuhnya.
"World Cup Qualifiers more than Asia Cup", Kim Pan Gon menjelang match lawan Kyrgyzstan di Stadium
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 15, 2023
Nasional Bukit Jalil, malam esok. @ASTROARENA pic.twitter.com/VAjL7Uon1A
"Ini adalah laman sendiri dan buat setiap lawan gentar.
"Saya harap kita semua berjuang jadi perlawanan esok cukup penting buat kami.
"Kami tidak tahu, mungkin kami mampu mengejut Oman termasuk enam mata ke atas Taiwan.
"Kalau kami tidak capainya esok (tiga mata) esok, ada lagi lima perlawanan berbaki," katanya dalam sidang media sebentar tadi.