Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Portugal yakin atasi tekanan hebat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

portugal.jpg
Fernando Santos yakin Portugal mampu menangani tekanan untuk mengharungi play-off kelayakan Piala Dunia.

Skuad Selecao bakal berdepan Turki di peringkat separuh akhir play-off di Porto, awal pagi esok, dengan pemenang perlawanan itu bakal berhitung dengan Itali atau Macedonia Utara, Rabu depan. 

Portugal terpaksa bekerja keras selepas tewas 1-2 kepada Serbia November lalu hingga terlepas slot kelayakan automatik. 

Bagaimanapun, Santos menegaskan kempen hidup dan mati minggu ini mungkin boleh merangsang prestasi terbaik pemainnya selepas menikmati kemenangan dalam dua perlawanan terakhir. 

"Apa yang berlaku sentiasa menjadi petanda positif," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan. 

“Kami memenangi dua perlawanan terakhir sebelum ini. 

"Kami telah memberikan tindak balas yang positif kecuali dalam menentang Serbia. Pengalaman pemain tidak boleh diketepikan.

"Kami  berusaha gigih dalam perlawanan akhir demi menggembirakan 11 juta orang. Esok, dalam 'final' seterusnya, kami mahu melakukannya sekali lagi."
   

Advertisement

Must Watch Video