BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia: Harimau Malaya tekad ubah nasib di kandang lawan
Walaupun Malaysia berada di ranking ke-137 dunia untuk lebih baik berbanding Chinese Taipei (ke-152 dunia), tetapi rekod pertemuan di laman lawan menyaksikan Harimau Malaya kecundang dalam dua pertemuan terakhir dan ini menghadirkan sedikit kegusaran.
Rekod itu turut terbukti memandangkan Malaysia bergelut mencipta kemenangan di luar negara apabila kem negara tewas dalam aksi berdepan Vietnam dan Thailand selain seri menghadapi Syria dan China.
Selepas kemenangan 4-3 ke atas Republik Kyrgyzstan tiga hari lalu, pertahanan kanan, Corbin Ong, menegaskan bahawa misi tiga mata menjadi azimat buat kem negara andai enggan dipalit kekecewaan di sebalik kualiti tersendiri yang dimiliki mereka setelah melepasi halangan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia Asia 2017.
Iklan
"Kami tidak boleh mudah kepada lawan, baik ranking tinggi mahupun rendah kerana apa juga boleh terjadi dalam bola sepak.
"Yang penting kami kena fokus dan beri lebih 100 peratus," kata penjaga gawang negara, Syihan Hazmi Mohamed, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Rakannya di peringkat kelab, Corbin Ong, pula menyasar mata penuh untuk dibawa pulang biarpun sedar rekod suram Harimau Malaya di tempat lawan pada tahun ini.
"Pasukan ini tahu kualiti yang dimiliki dan kami sedar selain daripada tiga mata, keputusan lain bagaikan satu kekecewaan.
"Dengan keupayaan pasukan ini, kami tahu tiga mata mampu dicapai tetapi Chinese Taipei bukanlah lawan yang mudah dihadapi.
"Kami mahu bawa pulang tiga mata ke Malaysia.
"Kami perlu mematuhi arahan jurulatih dan cuba sedaya upaya membantu pasukan."
Must-Watch Video