Alessandro Bastoni, Davide Calabria dan Cristiano Biraghi terpaksa diketepikan skuad Itali menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Ireland Utara.
Pertahanan Inter, Bastoni, bergelut untuk cergas dan tidak akan ikut serta dalam rombongan ke Belfast untuk perlawanan Selasa ini, Calabria pula mengalami masalah betis sejak semalam sementara Biraghi tercicir atas sebab peribadi.
Bagi mengukuhkan pilihan di bahagian pertahanan dengan bek tengah veteran, Giorgio Chiellini, sudah pun meninggalkan kem sebelum Azzuri seri 1-1 dengan Switzerland semalam, Roberto Mancini bertindak menyenaraikan Davide Zappacosta.
Itali menerajui Kumpulan C dengan perbezaan gol, jadi mereka hanya perlu menyaingi keputusan Switzerland yang bakal menghadapi Bulgaria di tempat sendiri sementara mereka menentang Ireland Utara bagi menjamin tangga teratas.
Keputusan seri sudah memadai sekiranya Jorginho menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 ketika menentang Switzerland, pemain tengah Chelsea itu sebaliknya gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga berturut-turut buat pasukan kebangsaannya.
Itali mengungguli tujuh daripada 10 perlawanan sepanjang bertemu Ireland Utara, yang kemarau gol dalam enam aksi terdahulu dan satu-satunya kemenangan mereka ke atas seteru itu dalam kelayakan Piala Dunia berlaku pada Januari 1958.
Bagaimanapun, pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan itu Windsor Park adalah ketika seri tanpa jaringan pada Oktober 2010.