WALES 1 UKRAINE 0
Gareth Bale menyifatkan kemenangan play-off kelayakan Piala Dunia Wales ke atas Ukraine awal pagi tadi sebagai keputusan terbaik yang pernah dilakar dalam sejarah pasukan kebangsaan.
Gol sendiri Andriy Yarmolenko memastikan kemenangan 1-0 memihak tuan rumah yang sebahagian besarnya terhutang budi kepada ketangkasan Wayne Hennessey untuk pasukan kendalian Rob Page itu berjaya menempah tempat mereka di Qatar 2022.
Ini bermakna Wales layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 dan Bale -- yang bakal meninggalkan Real Madrid sebaik kontraknya tamat pada akhir bulan ini -- tidak meragui kepentingan keputusan itu.
"Ia adalah keputusan terbaik dalam sejarah bola sepak Wales," katanya kepada Sky Sports.

"Kami semua gembira. Penyokong juga begitu, ia adalah satu kegembiraan dan kami akan ke Piala Dunia!
"Ia memberi makna segala-galanya. Ia adalah impian yang tercipta. Itulah yang kami usahakan sejak kami mula-mula datang ke sini. Saya sangat gembira buat semua peminat dan negara kami. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan kami pada ketika ini.
"Ia sukar. Saya tidak banyak beraksi sejak empat minggu lalu berikutan kekejangan di bahagian belakang badan saya, semua orang tahu tentang itu.
“Saya mahu menyumbang selagi termampu tetapi perkara yang paling penting ialah mengharunginya dan layak ke Piala Dunia.
"Saya cuba memberikan yang terbaik di atas padang dan saya mula dihambat keletihan, adalah sentiasa baik untuk mempunyai pemain yang boleh dimasukkan dari bangku simpanan dan melaksanakan misi kami."
Kemaraan itu bermakna Wales akan menentang England, Amerika Syarikat dan Iran dalam Kumpulan B di Qatar.