Tiket bagi kategori grandstand dan premium untuk perlawanan Malaysia dengan Vietnam, Selasa ini, sudah habis dijual.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman sosial sebentar tadi mengumumkan tiket bagi dua kategori berharga RM40 dan RM70 yang dijual menerusi dalam talian sudah habis.
Kini baki tiket yang tinggal untuk pertemuan Kumpulan F, kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, itu adalah RM40 dan RM5 bagi kanak-kanak.
FAM semalam mengumumkan jumlah tiket yang sudah terjual adalah 29,400.