Tiada istilah 'jika' dalam kamus Harimau Malaya selagi perjuangan belum berakhir.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, tetap berdiri teguh dengan keyakinan bahawa semangat Malaysia tidak akan luntur, bahkan semakin menyala selepas kemenangan bergaya 5-1 ke atas Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam..
Dalam masa sama, ia disebulungi perasaan bercampur baur tatkala Harimau Malaya berkemungkinan dikenakan hukuman pemotongan mata atau kemenangan dibatalkan dalam kempen Kelayakan Piala Asia andai keputusan rayuan terhadap tujuh pemain warisan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak memihak negara.
"Mimpi untuk ke peringkat tertinggi tetap bersinar, dan kami perlu mengekalkan fokus apa yang boleh dikawal serta profesional, disiplin dan komitmen seperti apa yang selalu kami lakukan.
"Apa yang kami tidak boleh kawal ialah perkara di luar padang.
"Marilah kita menyokong dan bersyukur momen kita berada di tempat pertama Kumpulan F, dan teruskan kerja keras.
"Saya tidak mempercayai perkataan 'jika, jika, dan jika' kerana membazir tenaga.
"Saya hanya fokus perkara yang boleh dibuat , dan menerapkan mentaliti yang kuat.
"Jika kami kerap berfikir tentangnya, kami akan mengalami kesukaran.
"Saya tahu semua pemain dalam pasukan ini turut memikirkan tentang tujuh pemain yang tidak bersama kami pada hari ini, kerana mereka juga rakyat Malaysia dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berada di sini demi mewakili negara," katanya selepas tamat permainan.
Dapatkan Sekarang

“I don’t live on if, if, if, if”, Peter Cklamovski on kemungkinan ‘point deduction’ untuk perlawanan menentang Vietnam jika kes pemain warisan tidak memihak Harimau Malaya. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/vpxWJEGDWL
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 14, 2025
"Saya tidak mempercayai perkataan 'jika, jika, dan jika' kerana membazir tenaga.
"Saya hanya fokus perkara yang boleh dibuat , dan menerapkan mentaliti yang kuat.
"Jika kami kerap berfikir tentangnya, kami akan mengalami kesukaran.
"Saya tahu semua pemain dalam pasukan ini turut memikirkan tentang tujuh pemain yang tidak bersama kami pada hari ini, kerana mereka juga rakyat Malaysia dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berada di sini demi mewakili negara," katanya selepas tamat permainan.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang