Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, memilih untuk kekal rasional demi kepentingan skuad kebangsaan sekalipun ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, memilih untuk meletakkan majikannya itu sebagai pihak yang bersalah atas isu dokumentasi.
Cklamovski dalam sidang media pasca perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Laos malam tadi meluahkan pandangannya terhadap isu yang sedang membelenggu tujuh pemain 'Malaysia Abroad', namun Yusoff mengharapkan agar pengendali itu kekal fokus memandangkan ujian skuad kebangsaan bakal bersambung lagi apabila berdepan pihak lawan yang sama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa depan.
"Kita lupakan apa kenyataannya tentang FAM terlebih dahulu.
"Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan tahniah kepada Peter yang telah berjaya menundukkan Laos 3-0.
"Buat masa sekarang (adalah) lebih baik Peter fokus kepada perlawanan timbal balik, saya percaya penyokong akan ramai membajiri SNBJ atas kemenangan 3-0.
"Tentu sekali penyokong ingin melihat persmebahan yang lebih baik di Bukit Jalil dengan set baru ini.
"Kalau boleh kita dapat keputusan yang lebih di Laos," katanya ketika diwawancara wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini.
Tanpa tujuh pemain warisan yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Harimau Malaya terus konsisten dengan kemenangan ketiga aksi kelayakan Piala Asia 2027.
Skuad kebangsaan nyata tidak menghampakan malah menggalas tanggungjawab dengan mengakhiri cabaran di Laos dengan memadam keraguan sesetengah pihak bahawa keampuhan pemain negara terganggu dengan isu yang sedang berlaku.
"Ketika pergi ke Laos, mungkin ada peminat-peminat yang juga skeptikal tentang keputusan yang akan berlaku.
"Ramai yang menjangkakan pasukan ini akan 'terbarai' di Laos tetapi nampaknya keputusan memihak kepada kita, satu keputusan yang agak baik, 3-0.
"Banyak peluang dicipta tetapi tidak menghasilkan gol. Di Bukit Jalil nanti, pasukan ini akan berubah sedikit dan lebih serasi untuk perlawanan kedua (bertemu Laos).
"Atas faktor persembahan di Laos, keputusan ini meyakinkan Harimau Malaya akan beraksi dengan lebih baik lagi," katanya.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang