Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Laos sedia pertaruh tiga pemain warisan berdarah Perancis hadapi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

laos-warisan.jpg
Laos dijangka akan mempertaruhkan tiga pemain warisan berdarah Perancis bagi menghadapi Malaysia bagi dua perlawanan kelayakan Piala Asia bulan depan.

Tiga pemain berkenaan ialah Roman Angot (24), Thei Klein (23) dan Victor Ngovinassack (23).

Angot merupakan pemain tengah kelahiran Perancis dan ibuunya berasal dari Laos. Dia kini bermain untuk kelab amatur Jerman, SV Link Jdman.

Klein pula merupakan pemain tengah yang sedang bermain untuk kelab bertaraf kolej di Amerika Syarikat, Omaha Mavericks, juga berdarah Laos menerusi ibunya.

Ngovinassack, dalam pada itu, merupakan pertahanan sayap kelahiran Perancis, yang kini sedang mewakili kelab Regional 1,  Is-Selongey.

Ketiga-tiga pemain itu pernah dipanggil skuad kebangsaan Laos ketika menentang Sri Lanka dan Vietnam pada Mac lalu tetapi tidak dipanggil sewaktu menewaskan Nepal pada Jun lalu.

Malaysia akan bertandang ke Stadium Nasional Laos pada 9 Oktober ini sebelum melayani kunjungan pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil lima hari kemudian.

Kredit Foto: Seasia goal
HM Jersey

Sedia Hadapi Apa Jua Cabaran

Saat Harimau Malaya berdepan lawan antarabangsa, jersey ni jadi simbol kebanggaan di dada.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video