Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Indonesia perlukan lebih 11 gol untuk mara secara merit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia.jpg
Kejutan berlaku apabila pasukan di ranking ke-157 dunia, Pakistan, melakar kemenangan berharga berdepan Indonesia dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia, semalam. 

Ini sekali gus, menyaksikan harapan Pakistan masih bernyala untuk mara ke peringkat akhir kejohanan tersebut selepas berkongsi mata dengan tuan rumah dalam aksi Kumpulan D. 

Nadia Khan membuka jaringan pada minit kelapan, sebelum Suha Hirani menggandakan kelebihan pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti.

 

Tugasan besar menanti Indonesia apabila bakal bertemu Chinese Taipei bagi perlawanan terakhir, namun ia tidak mudah kerana memerlukan kerja keras yang tinggi. 

Dengan pungutan mata yang berbeza, Indonesia wajib melakar kejayaan ke atas pasukan lawan dengan jumlah jaringan yang besar untuk layak ke Piala Asia, tahun hadapan. 

Berdasarkan kiraan jaringan kumpulan dan perbezaan mata, tiga mata penuh tidak akan mencukupi, sebaliknya Indonesia harus menjaringkan lebih daripada 11 gol untuk mengatasi kedudukan Chinese Taipei. 

Advertisement

Must Watch Video