LAOS 0 MALAYSIA 3
Harimau Malaya berjaya melunaskan misi tiga mata kelayakan Piala Asia dengan mengatasi Laos 3-0 di tempat lawan, sebentar tadi.
Dalam pertemuan ketiga Kumpulan F itu, anak buah Peter Clamovski berdepan laluan penuh onak dan duri di Stadium Nasional New Laos tersebut berikutan diselubungi isu hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Situasi itu menuntut pengendali dari Australia itu merombak sebahagian kesebelasan utamanya.
Namun, skuad kebangsaan perlu menunggu separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan perlawanan.
Arif Aiman Hanapi membuktikan bahawa dia merupakan aset paling berharga negara ketika ini dengan meledak gol pertama dengan melepaskan percubaan dari luar kotak.
Tonggak pertahanan, Dion Cools, kemudian menjadikan 2-0 menerusi tampanan kemas di depan gol, disusuli gol rembatan kencang pemain gantian, Faisal Halim, menuju wisel penamat.
Dapatkan sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan sekarang