Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Figueiredo rela korban percutian demi sarung jersi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joao-figueiredo.jpg
Penggempur baharu 'Malaysian Abroad', Joao Figueiredo, mengakui berdepan misi wajib menang dengan kehadirannya ditagih untuk menyelesaikan masalah di jentera serangan pasukan menjelang pertemuan getir dengan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 Selasa depan. 

Sedar akan kekuatan yang dimiliki Naga Emas, penyerang berusia 29 tahun itu percaya pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, sudah menyediakan perancangan rapi bagi mengekang asakan anak buah Kim Sang-sik yang pastinya hadir dengan misi untuk membawa pulang mata ke Hanoi.

'Figu' itu mengakui dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan meskipun baru menyertai kem latihan minggu lalu.

"Ini perlawanan paling penting. 

"Ini merupakan pertembungan utama di peringkat kumpulan memandangkan kedua-dua pasukan handalan yang dianggap pilihan untuk mara," katanya di Nadi Arena. 

Penyerang Istanbul Basaksehir kelahiran Brazil itu turut menyeru kepada semua Ekor Harimau Malaya agar hadir beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil, sekali gus menjadi pencetus semangat kepada perjuangan getir Malaysia di laman sendiri.

"Saya pernah beraksi di Dubai dan cuacanya agak panas, namun kelembapan cuaca di Malaysia lebih tinggi. 





"Kami memerlukan stadium dipenuhi penyokong yang akan memberi sokongan padu kepada kami. 

"Oleh kerana musim saya bersama kelab sudah berakhir, saya sepatutnya boleh menikmati percutian. Sebaliknya saya memilih untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan ini," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video