Kali terakhir Harimau Malaya menewaskan Vietnam ialah pada 2014, iaitu dalam pertemuan separuh akhir kedua yang mendebarkan dalam Piala AFF di Hanoi.
Malaysia menang 4-2 dan secara agregatnya mara ke final dengan keputusan 5-4.
Individu yang paling diingati sudah semestinyalah ketua jurulatih ketika itu, siapa lagi kalau bukan Datuk Dollah Salleh.
Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, sempat mendapatkan bekas pengendali kebangsaan itu untuk menceritakan semula pengalaman masa tu.
"Pilihan dilabel sebagai pilihan pada ketika itu. Saya memang risau sampaikan saya pesan kepada pemain 'Malaysia tiada apa, jangan fikir apa (banyak) cuma nikmati permainan sahaja.
"Pemain perlu agresif kita main sebagai satu pasukan, pergi bersama dan balik pun bersama.
"Itu yang saya pesan kalau mereka hendak masuk final," katanya di Nadi Weekend.
Dalam pada itu, Dollah turut berharap Malaysia mampu mencapai keputusan positif di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa depan bagi menamatkan kemarau 11 tahun tanpa menang ke atas skuad Naga Emas itu.
"Apa yang pasti, jurulatih pasti akan letakkan barisan pertama. Tidak kira sama ada baru melaporkan diri atau tidak kalau betul dia dalam prestasi hebat. Yang terbaik akan bermain pada malam itu.
"Berdasarkan pemantauan saya di tempat latihan, saya rasa tidak mustahil kita dapat mengalahkan Vietnam," katanya.