Selepas dua keputusan positif dalam perlawanan persahabatan tier 1 bertemu Singapura dan Palestin sebelum ini, Harimau Malaya akan meneruskan misi utama menjelang pertemuan seterusnya Kelayakan Piala Asia 2027, Oktober depan.
Skuad kendalian Peter Cklamovski akan berdepan Laos pada 9 dan 14 Oktober bagi mendapatkan kemenangan dan terus selesa di puncak Kumpulan F.
Terbaharu, pasukan kebangsaan tampak melakukan perancangan awal apabila pemain warisan negara menerima panggilan pertiwi selepas diumumkan oleh kelabnya di Sepanyol.
Pemain berdarah campuran Sepanyol, Gabriel Palmero, akan memperkuat Malaysia seperti sebelumnya, sekali gus bakal terlepas dua aksi bersama Unionistas de Salamanca yang berlangsung sewaktu kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Namun, belum ada senarai rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan panggilan skuad kebangsaan.
Untuk rekod, bintang berusia 23 tahun itu sudah merekodkan dua penampilan bersama Harimau Malaya.

?? Unionistas de Salamanca announced Gabriel Palmero has been called up for Malaysia's AFC Asian Cup qualifying matches against Laos in October. https://t.co/89yxCH9TcC
— Harimau Abroad ?? (@HarimauAbroad) September 19, 2025