Penyerang Itali kelahiran Argentina, Mateo Retegui, mengingatkan Roberto Mancini tentang sosok pemain berbisa Serie A, Gabriel Batistuta.
Retegui menerima panggilan sulung untuk menyarung jersi Itali bagi kelayakan Euro 2024 bulan ini, bermula di tempat sendiri menentang England awal pagi Sabtu ini.
Penyerang Tigre yang dilahirkan dan dibesarkan di Argentina di mana dia juga menghabiskan seluruh karier kelabnya itu menyertai Azzurri melalui datuknya.
Penyerang yang beralih dari Argentina kepada Itali bukanlah fenomena baru dan Mancini menegaskan Retegui melaporkan diri ke kem Itali, bukannya untuk kelab Serie A.
"Untuk terpilih seperti ini -- dari Argentina ke Itali dan bukannya melalui kelab bukannya mudah," kata Mancini sempena sidang akhbar bertemu England.
"Ia memakan sedikit masa tetapi dia bertindak sopan dan bijak.
"Dia seorang penyerang yang bagus, muda, kami mempunyai keyakinan yang tinggi dan kami perlu memberikannya sedikit masa."

??? pic.twitter.com/J2dyAFjAc0
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) March 22, 2023