BOLA SEPAK
Kelayakan Euro 2024: Impak Mateo Retegui buka mata Itali rekrut lebih ramai pemain warisan
ITALI 2 MALTA 0
Impak segera Mateo Retegui buat Itali mendorong Roberto Mancini untuk meneroka lebih luas pemain berbakat dari luar negara itu menerusi peraturan dwi-kewarganegaraan.
Retegui yang berasal dari Argentina membuka akaun jaringannya dalam penampilan sulung antarabangsanya bersama Azzuri dalam kekalahan 1-2 kepada England, Jumaat lalu, dan sekali lagi membuktikan pemilihannya berbaloi menerusi satu lagi jaringan dalam kemenangan 2-0 ke atas Malta dalam perlawanan kelayakan Euro 2024, sebentar tadi.
Iklan
Penyenaraian penyerang warisan itu -- daripada latar belakang datuknya -- telah mencetuskan perdebatan hangat apabila dengan penyerang Azzurri, Mario Balotelli, sebelum ini mencadangkan Mancini mempunyai pilihan dari Itali yang mencukupi di jentera serangan.
Tetapi ketua jurulatih itu terpikat dengan perkembangan awal Retegui dan tidak menolak untuk mengambil langkah serupa pada masa hadapan.
Dia berkata dalam sidang akhbar selepas perlawanannya: "Retegui adalah seorang penjaring gol, ia bukan perkara kecil.
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) March 26, 2023
"Itu yang kami lihat apabila kami mengikuti perkembangannya.
"Dia masih memerlukan masa tetapi dia sudah pun menjaringkan gol dan ia adalah satu kualiti yang penting.
"Dia mempunyai kualiti sebagai penyerang tengah, tetapi ketika ini biarlah kami menunggu, kami perlu memberikannya masa.
"Dia seperti pelajar di sekolah baru: dia perlu belajar segala-galanya. Tetapi dia telah membuka kunci permainan, itu bukan satu perkara kecil.
"Retegui jika berkelana ke Serie A adalah sesuatu yang baik, saya fikir ini akan memberinya lebih kekuatan, dia akan dapat mempelajari bahasa dan seterusnya dapat berkomunikasi dengan lebih baik dengan rakan sepasukannya."
Must-Watch Video