Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelayakan Euro 2020: Aksi Belgium makin matang

hazard.jpg
CYPRUS 0 BELGIUM 2

Roberto Martinez memuji Belgium kerana menghasilkan persembahan yang sangat matang dalam kemenangan 2-0 Kumpulan I, kelayakan Euro 2020 ke atas Cyprus awal pagi tadi meskipun di padang yang tidak memuaskan.


Belgium membenam tuan rumah di Nicosia tanpa sebarang masalah, dengan Eden Hazard -- membuat penampilan antarabangsa ke-100 -- mencetuskan gol pendahuluan pada awal permainan (minit ke-10).

Michy Batshuayi menjadikan kedudukan 2-0 berselang lapan minit dan sejak itu, jaringan berkenaan mencerahkan laluan Begium dalam meniti kemenangan. 

Walaupun ada yang mungkin menjangkakan Belgium akan menang dengan jurang yang lebih besar selepas mencetak dua gol dalam tempoh hanya 18 minit, Martinez tetap berpuas hati. 

"Perlawanan seperti ini sukar jika anda tidak bermula dengan baik," kata Martinez kepada VTM. "Sudah tentu ia aksi yang sukar kerana padang dalam keadaan yang sangat kering.

"Untungnya, kami bermula dengan baik, membuat gerakan berkesan dan meraih dua gol awal. Selepas rehat, kami mengawal permainan dan kami beraksi dengan sangat matang.

"Enam mata penuh merupakan pencapaian sempurna terhadap kerja keras kami tetapi kami belum mencapai apa-apa. 

"Kami perlu terus memberi tumpuan kepada dua perlawanan seterusnya, iaitu  menentang Kazakhstan dan Russia (pada Jun)."

Batshuayi turut berminat untuk menyorot kepentingan jaringan awalnya, terutama daripada sudut pandangan peribadi.

"Gol adalah seperti vitamin buat saya, itu memang tugas utama saya," katanya. "Ia perlawanan yang sukar buat saya dan pemain lain.

"Keadaan permukaan padang tidak sesuai dan kami bergerak dengan sukar. Namun, kami segera menyesuaikan diri untuk menanganinya dalam babak pertama. Itu telah membuahkan hasil dengan dua gol pantas.

"Kami mengumpul enam mata maksimum dan mendahului pesaing kami dengan tiga mata dan kami adalah Belgium: kami tidak melihat ke belakang, kami hanya melihat ke hadapan."

 

Advertisement

Must Watch Video