Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelayakan AFC B-23: Safawi kesal tetap kempunan di sebalik peningkatan aksi

safawi-rasid.jpg
Tiadanya senyum sebaik keluar dari bilik persalinan di Stadium Shah Alam, malam tadi, sudah cukup untuk menggambarkan situasi skuad B-22 negara yang sudah dapat mengagak nasib kurang baik mereka dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 2020.

Bagi Safawi Rasid, mereka berperang dengan emosi pada ketika situasi jelas tidak memihak kepada skuad negara.

Jauh di sudut hati, penggempur itu masih berharap Malaysia mampu meneruskan kesinambungan edisi lalu.

Tanpa tewas tetapi hakikatnya mereka gagal.

"Permainan kami pada malam ini (tadi) amat baik dan jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) juga cakap perkara yang sama. 

"Berbanding dua perlawanan yang lepas, perlawanan hari ini lebih baik. 

"Saya bangga dengan rakan sepasukan," ujar ketua pasukan skuad B-22 itu. 

Skuad kendalian Kim Swee itu tidak tunduk dengan kelebihan China dan itulah yang membawa kepada situasi goyang barisan kendalian Guus Hiddink itu untuk seri 2-2.

Buat pertama kalinya, China gagal merakamkan kemenangan, malah dibolosi dan cemas sepanjang 90 minit permainan.

Seorang pengendali berstatus dunia sepertinya, tersandar di bangku pemain sambil menyaksikan anak buahnya dipaksa bekerja keras untuk menidakkan skuad muda kebangsaan. 

"Kami dua kali mendahului dan mungkin ini berpunca daripada kami sendiri," tambahnya. 

 

Advertisement

Must Watch Video