Pengendali skuad B-23 China, Guus Hiddink, tidak gentar dengan keupayaan skuad negara yang pernah mengejutkan beberapa pasukan handalan Asia.
Sebaliknya, bekas pengendali Chelsea itu teruja untuk berentap dengan skuad negara selepas anak buahnya tidak mendapat tandingan dalam dua perlawanan terdahulu.
"Mereka telah meraih keputusan positif dan ia membuktikan cabaran bakal dihadapi China. Ia juga merupakan satu pendedahan terbaik buat pasukan saya.
"Malaysia memiliki beberapa barisan pemain yang berkualiti dan saya teruja berdepan mereka," kata Hiddink.
Skuad negara melakar sejarah dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang Ogos tahun lalu apabila menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan, 2-1 hasil dua gol Safawi Rasid.
Mereka juga mencetus sensasi dalam Kejohanan AFC B-23 di China, Januari tahun lalu dengan mengejutkan Arab Saudi 1-0.
Hiddink, bagaimanapun, enggan menamakan pemain negara yang perlu diawasi, sebaliknya fokus terhadap persiapan pasukannya untuk pertemuan malam esok.