Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelantan United FC sasar ke Liga Super 2021

img-20190314-wa0068.jpg
Kelantan United FC memasang impian melayakkan diri bersaing dalam Liga Super tahun 2021.

Presiden Kelantan United FC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan komitmen semua pihak, termasuk persiapan rapi pasukan musim ini.

"Kami tetapkan sasaran mahu layak ke Liga Perdana tahun depan, dan seterusnya bermain dalam Liga Super 2021. 

"Insya-Allah, hasil kerja yang kita sama-sama buat ini  akan dapat lihat hasilnya dalam masa tiga hingga lima tahun. Kita akan saksikan kebangkitan bola sepak Kelantan secara menyeluruh," katanya.

Menurut Che Abdullah lagi, walaupun Kelantan United FC tidak dibarisi pemain bintang, namun beliau yakin skuad kendalian Zahasmi Ismail itu mampu menjadi pencabar terkuat dalam saingan musim ini.

"Kami akan tumpu satu perlawanan ke satu perlawanan lain dan amat penting untuk kami meraih kemenangan bagi mencapai sasaran beraksi dalam liga lebih atas," tambahnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengharapkan peminat bola sepak Kelantan memberi sokongan padu kepada Kelantan United FC musim ini.

"Kelantan mempunyai sejarah menarik dalam landskap bola sepak sejak beberapa tahun lalu dan ini dibuktikan apabila ramai pemain kita bermain dengan negeri lain.

"Harap penyokong dapat turun beramai-ramai ke stadium memberi sokongan kepada pasukan kita yang akan membuka saingan Liga M3 menentang Glory United FC, Sabtu ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video